Teks: ain akib
BELAJAR MEMANDU
Imej: Carian Google |
Saya mula belajar memandu selepas tamat Tingkatan 5. Ketika waktu cuti menunggu keputusan SPM. Saya belajar di pusat memandu berhampiran rumah saya di Gombak. Lupa sudah namanya, hehe. Baru sahaja saya belajar praktikal memandu beberapa jam, saya terpaksa menangguhkan pembelajaran kerana memasuki matrikulasi. Setahun selepas itu barulah saya sambung semula kelas memandu di pusat memandu yang sama.
Yang saya kira menarik adalah, saya belajar memandu dengan kereta berkapasiti 1.5 cc. Instruktor yang lain semuanya dengan kereta kancil dan saya dapat kereta yang gedabak (pada ketika itu nampak besar sebab amatur, :p). Proton Iswara putih dan masih saya ingat abang instruktor bernama Mohd Noor. Alhamdulillah saya mendapat seorang instruktor yang baik tapi tegas. Ajarannya langkah demi langkah dan agak sabar. Cuma sekali, pernah saya kena jerkah kerana memusing stereng sedikit sahaja untuk mengelak pejalan kaki. Salah saya, nasib baik instruktor tarik stereng. Maklumlah, baru kenal alam memandu, belum biasa dan kurang mahir untuk menganggar, hehe.
LESEN KERETA
Imej: Carian Google |
Imej: Carian Google |
Semasa ujian memandu bersama JPJ pula, gemuruh bukan main. Paling kalut masa ujian dekat bukit. Masa tu dah bercampuraduk dalam kepala mana nak tarik brek tangan dulu ke, lepas clutch ke, tekan clutch ke. Tapi, alhamdulillah, Allah sayang saya dan luluskan saya walaupun saya tahu dan sedar ada kesilapan kecil yang saya buat. Terima kasih Pakcik JPJ, :)
Dan..
Itulah kali terakhir saya memegang stereng kereta transisi manual.
PENGALAMAN DUDUK DEPAN STERENG
Selepas baru mendapat lesen kereta, pernah beberapa kali cuba memandu kereta Mak di sekitar kawasan rumah. Masih di bawah pengawasan kakak-kakak saya. Mak tak mahu naik sekali, gayat katanya kalau anak-anaknya yang bawa. Rugilah Mak waktu tu, hehe.
Pernah sekali, masuk parking di porch rumah, dah sepatutnya berhenti untuk parking tapi entah bagaimana boleh secara tiba-tiba terkeliru antara brek kaki dan pedal minyak. Walhal kereta automatik. Patut pijak brek tapi terpijak minyak. Allah!
Dalam sekelip mata mendengar deruan enjin, secara automatik kaki saya terus memijak brek kaki. Kereta berhenti mengejut! Degupan jantung menyamai degupan jantung Watson Nyambek ketika dia berlari (lebih kuranglah...). Terus terdiam dalam kereta kerana terkejut. Terkejut dengan tindakan refleks diri sendiri. Terkejut dengan apa yang baru sahaja terjadi.
Alhamdulillah! Mengucap panjang saya selepas itu kerana ternyata Allah masih melindungi dan memelihara saya. Selamat tiang porch rumah saya. Selamat kereta Mak saya. Selamat juga saya dari kena marah, :p. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah! Mengucap panjang saya selepas itu kerana ternyata Allah masih melindungi dan memelihara saya. Selamat tiang porch rumah saya. Selamat kereta Mak saya. Selamat juga saya dari kena marah, :p. Terima kasih Ya Allah.
Pengajaran bermakna. Waspada!
Namun begitu, jangan takut pula untuk naik kereta dengan saya selepas ini. Sekarang alhamdulillah cuba menempatkan diri dalam kategori pemandu berhemah, insyaAllah, :). Boleh dapatkan testimoni dari sahabat-sahabat saya yang selalu menaiki kereta dengan saya, :).
Benar, sehingga ke hari ini, saya tidak pernah mengendalikan kereta manual. Satu kerugian dan kelemahan yang agak saya kesali. Saya harus pelajari semula nanti, insyaAllah. Doakan saya ya.
:)
Hehe.. samalah kita.. saya pun dah terlupa bagaimana cara untuk memandu kereta manual. Kereta suami kereta manual, kalau dia mengantuk, saya langsung tak dapat bantu apa. Dulu pernah sekali belajar bawa kereta suami, tapi bila tiba di tengah jalan raya sebenar, saya jadi gelabah.. haha... jadi suami terus tak bagi bawa manual. huhu. rugi betul! tapi serious nak belajar lagi lepas ni...
ReplyDeleteKira terror la tu Ina! Saya yang tak pernah cuba ni, hehe. Yang penting kita cuba. InsyaAllah keberanian tu akan datang sedikit demi sedikit. Chaiyok2! Sama-sama kita cuba ye, :)
Delete