Wednesday, 4 December 2013

Video Bawah 2 Minit di Youtube


Teks: ain akib


VIDEO DI YOUTUBE

Masakini terdapat lambakan video di alam maya yang memberi kita peluang untuk mendapatkan maklumat. Jika dahulu terhad hanya kepada buku, majalah dan teks, sekarang sistem atas talian (online) memainkan peranan yang besar dalam orang ramai menggarap informasi. 

Ternyata, video iaitu sumber 3-Dimensi ini mendapat tempat tertinggi kerana unsur visual, audio, kinestatik dan digital dirangkum sekali. Saluran utama yang terkenal adalah Youtube, Mukabuku (Facebook), Instagram, Keek, dan banyak lagi.

Namun, seperti semua sumber tatapan di atas talian ini, yang manakah yang menjadi tumpuan orang ramai? Video yang bagaimanakah yang mencapai targetnya mendapat tontonan yang tertinggi? Saya kongsikan sedikit maklumat dari kajian laman Socialbakers.com.


STATISTIK


Imej: Socialbakers.com


Sebuah kajian telah dijalankan dari 1 Julai 2013 sehingga 23 September 2013 pada 300 saluran yang paling banyak ditonton. Hasilnya, 50% adalah video yang sela masanya adalah antara 16 - 120 saat. Selepas dari itu, jumlah penonton merudum jatuh.

Ini menunjukkan bahawa video yang berlingkungan bawah 2 minit adalah video yang suka ditonton oleh orang ramai. Kini, trend video adalah terus menuju kepada isi yang ingin disampaikan dengan pengenalan yang singkat dan mudah.

Sesuai dengan penggunaan jalurlebar (bandwidth) yang rendah memudahkan video yang pendek ini dicapai oleh ramai orang. Lebih efisien bagi mencapai objektif. 
 
Kata kuncinya, video di bawah 2 Minit! 
Keep it simple and sweet!
Mudah dan ringkas bukan? :)


PANJANG VIDEO

Terkecuali untuk video yang penuh dengan aksi atau layar yang mampu memukau perhatian penonton, maka video itu mampu dimainkan dengan kadar yang lebih panjang masanya. Yang penting adalah kemampuan video itu 'mengikat' fokus penonton sambil memberi input.

Sebanyak mana pun informasi yang ingin disampaikan, pemilihan info yang terpenting hendaklah didahulukan agar video itu mencapai maksud yang ingin dicapai. Video yang sarat dengan informasi juga tidak akan mendapat tempat di hati penonton. Jadi, pelanlah rangka perjalanan video anda agar menarik untuk ditonton sasaran dan tertarik oleh mereka untuk dikongsikan.

Tidak kira apa jenis video anda, promosi bisnes, iklan atau pengenalan produk/servis, pastikan bawah dari 2 minit untuk memukau pandangan sasaran. :)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...