Tuesday 20 May 2014

Cairo (Prolog)


Teks: ain akib


KAHERAH (CAIRO)

Cairo atau dalam Bahasa Melayu Kaherah adalah ibu negara Mesir (Egypt).
Perkongsian menjelajah ke sana pada 11 sehingga 19 Disember 2010 yang lalu.
Dah bertahun baru saya berkongsi ye?
Sambil menyelongkar external hard disc, saya terjumpa gambar-gambar saya di sana.
Besar harapan saya untuk mengabadikan memori ini untuk manfaat bersama, insyaAllah.


Imej: Kuwait Airways


Sebetulnya, Mak, adik saya (Teh) dan saya ke Cairo bertemu dengan Abah yang sedang membuat kursus jangka pendek Bahasa Arab di sana. Makan angin sambil mengenali bumi ciptaanNya yang telah melahirkan jutaan ilmuwan, subhanallah..

Berpeluang menaiki penerbangan Kuwait Airways yang berlepas dari KLIA, transit di Kuwait dan kemudian terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.  


Imej: Kiri-Sebelum, Kanan-Selepas tiba di Kaherah


Ketika Disember 2010, waktu itu adalah musim sejuk. Kebetulan ketika kami sampai, berlaku sedikit ribut pasir dan gambar di atas ini menunjukkan keadaan cuaca di sana. Tidak seperti Malaysia, kadar kelembapan di sana adalah rendah, maka keadaan adalah kering, berangin dan sejuk.


Imej: Di hadapan kedai


Sempat Teh bergambar di hadapan sebuah kedai sebelum tiba ke tempat tinggal Abah. Gambar biskut dan manisan, nyam-nyam..


Imej: Tetamu khas, :)


Baru sahaja beberapa jam di sini, sudah menerima hadiah yang tidak ternilai!
A welcoming surprise!

Tidak dapat dilupakan kehadiran sahabat-sahabat saya yang sedang menuntut di bumi Mesir ini. Sahabiah-sahabiah yang belajar di Iskandariah kebetulan berada di Kaherah pada hari itu, datang menziarahi kami di Nasr City
Terima kasih orang-orang Alex; Kak Khadijah, Maziah, Mastura dan Aida, :).
Terima kasih kepada pengiring bertauliah yang tinggal tidak jauh dari situ, Hafiz, :).
Terima kasih juga kepada anak saudara saya, Muaz yang merempit tiba menziarahi Tok Ciknya, :)
Terharu!

Tiba-tiba rasa seperti di Malaysia, walhal sejak turun dari kapal terbang dah berasa di negara Arab, hehe.

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...