Tuesday, 21 October 2014

Cairo (Siri 6: Nile Cruise, Rumah Penang)


Teks: ain akib


RUMAH PENANG

Beberapa hari sebelum kami berangkat pulang, kami sempat menjejakkan kaki di Rumah Anak Negeri Pulau Pinang yang berada tidak jauh dari rumah sewa Abah. Hampir kesemua rumah anak negeri Malaysia berada di sekitar itu.

Kami menaiki teksi dalam 5 minit. Sengaja abah ajak berhenti jauh sedikit sebelum sampai untuk berjalan kaki melalui kawasan itu, hendak membeli sedikit buah tangan untuk berziarah. Nampaklah rumah anak negeri Selangor, Perak, Kedah dan Johor. Ada lagi kot, saya kurang ingat.. 

Terima kasih kepada sahabat Penang saya, Hafiz Aziz yang sudi melayan tetamu yang tiba-tiba kata nak datang. Sebelum tu katanya ingin masakkan makanan stail di situ jika kami datang, tapi tak sempat disebabkan plan berubah tiba-tiba.

Memandangkan kami bertolak selepas asar, maka solat maghrib dan isya di situ. Abah bersama dengan jemaah muslimin solat berjemaah di musolla bawah manakala emak dan saya naik ke bilik sahabat baru kami, Fiza, :). Adik saya tidak turut serta kali ini, dia duduk di rumah sahaja.

Seronok melihat tempat belajar sahabat-sahabat di sini, :)
Hampir keseluruhan bangunan ini semuanya berkarpet melainkan bahagian dapur. Kalau kaki memijak lantai tanpa berstokin atau berselipar, memang brrrrr....sejuk!!

Bersembang dan berkenalan dengan sahabat-sahabat yang menginap di rumah ini yang bertingkat dan mempunyai banyak bilik. Tentang gaya hidup di sini, suasana dan kerenah orang Arab, cara kuliah dan bermacam-macam lagi.

Abah dan jemaah di bawah berimamkan pelajar perubatan yang dijadualkan berada di situ pada hari itu. Sedap je dengar bacaan surah hafazan mereka, hehe.


Imej: Di musolla (gambar kiri), Bersama sahabat-sahabat Penang (gambar kanan), :)

Jazakallah khairan kathira Fiza (gambar atas), Hafiz (yang berjubah hitam kiri) juga Helmi (yang berjubah hitam kanan), sahabat yang sempat saya kenal sewaktu di Penang. Terima kasih sudi menerima ziarah kami, :).


Imej: Kucing di Cairo, hihi

Di atas ini gambar kucing yang saya terjumpa di tengah jalan, :)
Comel!


Imej: Di sekitar Nasr City

Di atas ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu berjalan-jalan di sekitar Nasr City. Buah-buahan dan sayur-sayuran di sana sangatlah besar! Tembikai, kobis semuanya saix XL, :).


NILE CRUISE


Imej: Nile Cruise

Petang terakhir kami menaiki bot di sungai Nil yang lebar itu. 
Berlatarbelakangkan iringan muzik arab, kelajuan bot yang sederhana, suasana yang redup dan angin sepoi bahasa , hmm....
Heaven... :)

Antara habit atau kebiasaan orang Arab ialah mereka amat gemar minum air teh yang pekat. Musim sejuk begini bertambah lagilah kekerapan mereka minum air teh ini. Jadi, abah pun memesan secawan teh untuk diminum di atas bot. Amboi, macam pelancong dari mana saja gayanya, haha. Kemudian, caj untuk secawan teh itu hampir mencecah RM10 apabila ditukar ke matawang RM. Hehe...




TOKMIYAH

Imej: Tokmiyah








Malam itu, sempat Hafiz datang ziarah sebelum kami pulang, dengan membawa buah tangan untuk kami rasa.
Tokmiyah. 
Makanan yang sangat glamour diperkatakan oleh sahabat-sahabat yang menimba ilmu di sini.

Haa..di atas inilah gambarnya.
Dibuat daripada kekacang.
Kalau di Malaysia, ia seperti masalodeh.


Imej: Tokmiyah dari Arabiata

Tokmiyah boleh sahaja dimakan begitu saja (dah macam iklan roti Gardenia, :p).
Tapi ada setnya yang menjadikan tokmiyah ini lagi sedap.
Roti itu ada bukaan di tengahnya, disapu dengan humus (colek kacang yang dalam mangkuk tu), kemudian dimasukkan tokmiyah dan kerepek yang crispy itu. 

Yummy!
Sedap!
Kalau nak tambah dengan daun salad atau apa-apa lagi pun boleh saja.
:)

Sebelum ini dapat juga merasa shawarma, nasi arab dan beberapa lagi makanan dari sana yang saya tak ingat namanya. Sekarang di Malaysia, boleh juga rasa di kedai atau restoran Arab, cuma harganya sedikit mahal di Malaysia.

Syukran jazilan buat sahabat sahabiah dan anak saudara saya, Muaz yang menjadikan kami selesa berada di Cairo. Ada yang telah tamat pengajian dan sudah pun pulang ke Malaysia, alhamdulillah. Teruskan menimba ilmu di bumi Allah yang mulia ini dan pulang membawa cebisan para ulama sana, :).

Keesokan harinya, saya dan adik saya pulang berdua ke Malaysia, manakala Mak dan Abah masih di Cairo untuk beberapa urusan.

Semoga perjalanan di Mesir ini bukan kali terakhir dan kami semakin mengenal peradaban Islam dan merasai kehebatan ciptaan Ya 'Azim (Maha Agung) ini.

:)



No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...