Friday, 17 October 2014

Cairo (Siri 4: Fayyoum)


Teks: ain akib


PERJALANAN KE FAYYOUM

Fayyoum terletak jauh dari Bandar Kaherah.
Mengambil masa sehari suntuk untuk pergi dan balik.

Ada satu ketika melalui padang pasir.
Ya, padang pasir di kiri dan kanan kami. 
Saujana mata memandang adalah padang pasir.
Gerun juga sebab selama beberapa jam perjalanan tidak kelihatan benda lain selain jalanraya dan tanah perang kekuningan.
Kami bertolak dari Kaherah seawal pagi dan tiba semula pada lewat malam.





Imej: Serpihan Istana Qarun

Imej: Di luar serpihan Istana Qarun


Dalam perjalanan ke sana, kami melalui Tasik Qarun yang dikatakan tempat Qarun ditenggelamkan. Kami hanya melalui tasik ini. Kawasan ini sudah tidak jauh dari bandar Fayyoum. 

Berhampirannya adalah serpihan daripada istana Qarun yang masih ada, seperti gambar di atas.

Dikatakan istana ini memiliki ratusan bilik, amat besar dan luas. Namun, semuanya ditelan bumi kerana kemurkaan Allah padanya. Dengan izinNya juga, serpihan ini ditinggalkan buat peringatan dan iktibar bagi kita yang hidup.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan di pertengahan jalan, kami terlihat penggembala unta sedang menuntun beberapa ekor haiwan peliharaannya.
Kerana pertama kali berjumpa dengan unta secara 'live', maka kami berhenti dan meminta izin untuk bergambar (jakun ok, hihi) dan memegang unta tersebut (seperti gambar di atas), :).


WADI EL-RAYYAN (LEMBAH RAYYAN)



Imej: Tasik (gambar atas), Oasis (gambar bawah)

Wadi El-Rayyan ini lebih dikenali sebagai oasis. 
Tak sangka terdapat air terjun mini di tengah-tengah padang pasir ini. 
Subahanallah! Allahuakbar!
Besar sungguh kuasa Allah SWT.
Ini adalah antara sumber utama untuk sistem pengairan tanaman dan menguhubungkan 2 buah tasik di situ.


Imej: Kraftangan di sekitar Lembah Rayyan

Terdapat hasil kraftangan mereka seperti labu air, mangkuk yang diperbuat daripada tanah liat, keychain dsb.


WADI EL-HITAN (WHALE VALLEY)


Imej: Whale Valley 

Perjalanan diteruskan dengan van melalui padang pasir juga menuju ke Lembah Ikan Paus atau lebih mesra dipanggil Whale Valley.
Sebuah tempat yang terbuka luas dengan fosil haiwan. Dikatakan dahulu, berjuta-juta tahun dahulu, ini adalah kawasan lautan. Banyak fosil tulang ikan paus yang ditemui.

Imej: Fosil haiwan-haiwan (yang orang tu bukan ye, :p)

Imej: UNESCO World Heritage Site

Wadi El-Hitan ini dikenalpasti sebagai salah sebuah tapak perlindungan oleh UNESCO World Heritage. Ini kerana ratusan fosil yang ditemui di sini membuktikan evolusi ikan paus. 

Ia dinobatkan dalam Warisan Dunia ini kerana bilangan, kepadatan dan kualiti fosilnya walaupun di sini bukanlah fosil yang tertua. Namun, kesesuaian tempat dan penemuan fosil yang tidak tercemar menjadikan ini salah sebuah tempat bersejarah bagi Mesir yang tidak terdapat di tempat lain.


Imej: Perjalanan melihat fosil-fosil

Imej: Rumah Perhentian

Sempat kami menunaikan solat jamak Zohor dan Asar bersama pemandu pelancong kami, Mustoffa dan isterinya di salah sebuah rumah perhentian yang comel di situ. Diperbuat dari tanah liat dan sejuk walaupun di luar panas berdingin. Oh ya, ketika ini adalah musim sejuk, jadi, walaupun panas siangnya, masih udaranya dingin sejuk.


BANDAR FAYYOUM


Imej: Roda kincir air

Di penghujung hari, kami ke tengah bandar Fayyoum di mana terdapatnya sebuah roda kincir air yang diperbuat daripada kayu dengan 4 roda. Ini adalah roda air pertama yang wujud pada terusan ini dan dikenali sebagai simbol kebangsaan mereka.


Imej: Makan malam

Imej: Makan untuk 6 orang setelah seharian berjalan

Alhamdulillah... Dapat makan dengan gembira setelah seharian berjalan. Happy meal! :)

Saya dah tak ingat makanan arab namanya apa tapi yang wajib ada seperti gambar di atas ni (yang atas dan tengah), roti yang seperti ala-ala capati dengan cicahnya dipanggil humus (terima kasih Izzati Najwa sebab ingatkan namanya, :)). 

Alhamdulillah semuanya sedap! :)

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Cairo.
Alhamdulillah, satu hari yang bermakna dan semakin kenal keindahan ciptaan Yang Maha Esa ini, :)

Jika ada penulisan atau maklumat saya yang kurang tepat, mohon diberitahu ya.

Saya akan kongsikan pengalaman di Iskandariah (Alexandria) pada entri yang akan datang, biiznillah.

 


2 comments:

  1. best. - nanti mohon share untuk sumber karya kreatif pd masa akan datang ya.

    ReplyDelete

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...