Teks: ain akib
MUZIUM NASIONAL MESIR
Saya teruskan perkongsian saya di bumi Mesir ini berdasarkan tempat yang kami kunjungi ya.
Antara tempat terawal yang kami lawati ialah Muzium Nasional Mesir.
Imej: Muzium Nasional Mesir |
Muzium Nasional mesir ini terletak di Medan Tahrir, Kaherah. Terus terimbas Dataran Tahrir di mana tempat berlakunya rusuhan sewaktu Pemerintahan Presiden Morsi pada 2013 yang lalu. Allah..
Ada juga yang menggelar muzium ini sebagai Muzium Tahrir dan Muzium Firaun.
Terdapat ribuan artifak sejarah Firaun di dalamnya dan kami tidak dibenarkan mengambil gambar tapi terambil satu (gambar atas; tengah). Menariknya ialah terdapat banyak mumia, ok, sebenarnya bekas menyimpan mumia. Dulu hanya menonton mumia dalam cerita The Mummy dan The Mummy Returns lakonan Brendan Fraser, tapi kali ini dapat melihat secara live. Berguna juga menonton filem itu walaupun filem itu bukanlah adaptasi sejarah yang sebenar, namun ada beberapa perkara yang berkaitan yang dapat kami pick-up daripadanya.
Sangat ramai orang di dalam bangunan 2 tingkat ini. Di muzium ini terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan mumia dan peninggalan zaman dahulukala terutamanya kesan peninggalan Firaun seperti milikannya (katil, perhiasan rumah, kerusi, dsb). Bunyi seperti di Rumah P. Ramlee, Pulau Pinang pula, hehe.
MUZIUM KESENIAN ISLAM
|
Kami menjejakkan kaki pula ke Muzium Kesenian Islam. Di sini lebih bersuasana seperti sebuah muzium. Sunyi, teratur dan moden. Juga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalamnya. Bahan artifak yang melambangkan seni Islam seperti ukiran di pintu gerbang, peralatan perang, sangat cantik dan halus buatannya. Kagum dan bangga saya. Bahan tulisan, karangan ulama zaman dahulu turut disimpan di sini. Terasa martabat Islam itu sangat indah!
MASJID AL-AZHAR
|
Alhamdulillah, berpeluang melihat sendiri tempat bermulanya asas universiti tersohor di sini, iaitu Universiti Al-Azhar. Namanya adalah bersempena nama julukan anak Nabi, Fatimah Az-Zahra (Az-Zahra = yang pintar) kerana masjid ini diasaskan oleh keturunan Fatimah RA.
Imej: Close up |
Imej: Sewaktu petang menghampiri Maghrib |
Gambar di atas ini adalah pada waktu yang lain kami singgah solat Maghrib di situ. Semasa di sana, kelihatan di satu sudut, pelajar-pelajar menadah kitab dengan Murobbi mereka di hadapan (tiada gambar).
Imej: Nasi Ayam Mandy |
Sempat singgah di salah sebuah kedai makan untuk makan nasi arab, :)
BAZAAR KHAN KHALILI
Imej:Bazar Khan Khalili |
Bertentangan dengan Masjid Al-Azhar adalah Masjid Hussein. Bazar Khan Khalili terletak bersebelahan dengan Masjid Hussein ini. Dikenali juga sebagai Pasar Hussein. Terkenal dengan barang-barang antik dan tradisional masyarakat Mesir. Ada barang ukiran tembaga, tenunan, kraftangan kulit, batu permata, jubah dsb.
Imej: Kedai buku |
Di kawasan itu juga terdapat barisan kedai buku yang penuh dengan buku. Subhanallah... Rambang mata melihatnya, dari lantai hingga ke siling! Perpustakaan pun kalah.
Syurga ilmu, :)
Namun, saya tiada membelinya sebab semua buku itu dalam bahasa arab, hehe.
Sambungan ke Piramid Giza pada entri seterusnya insyaAllah, :)
Cairo (Prolog)
Cairo (Siri 1: Muzium Nasional Mesir, Muzium Kesenian Islam, Masjid Al-Azhar, Bazar Khan Khalili)
Cairo (Siri 2: Piramid, Masjid 'Amru Al-'As)
Cairo (Siri 3: Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Makam Imam Shafie)
Cairo (Siri 4: Fayyoum)
Cairo (Siri 5: Alexandria)
Cairo (Siri 6: Nile Cruise, Rumah Penang)
No comments:
Post a Comment