Monday 2 June 2014

Cairo (Siri 3: Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Makam Imam Shafie)


Teks: ain akib


KUBU SALAHUDDIN AL-AYYUBI


Imej: Kubu Salahuddin Al-Ayyubi (luar)


Juga dikenali sebagai The Citadel of Saladin.
Citadel = fortress.

Subhanallah...
Terima kasih Ya Allah mengurniakan cuaca yang sangat indah pada hari itu.
Terima kasih Ya Allah menyampaikan kaki ini di salah sebuah tempat yang indah.

Panglima Salahuddin Al-Ayyubi adalah Panglima Islam yang berjasa dalam Perang Salib.
Terdapat 4 buah kubu Salahuddin; 2 buah di Mesir (Kaherah)(Taba, Semenanjung Sinai), sebuah di Jordan (Ajloun) dan sebuah di Syria (Halab).


Saya terjumpa sedikit petikan mengenai kubu di Sinai dan saya rasakan amat menarik untuk dikongsi walaupun saya tidak berkesempatan ke situ.

'Kubu kedua di Mesir terletak di Semenanjung Sinai iaitu di Taba, berhampiran sempadan Israel. Kubu Salahuddin yang satu ini unik kerana terletak di sebuah pulau dan kubu tersebut merupakan satu-satunya binaan yang memenuhi ruang pulau tersebut. Kubu ini merupakan salah satu daripada taktik peperangan Salahuddin untuk menyerang armada tentera musuh yang menyerang melalui kawasan perairan.'

http://raudhahmaris.blogspot.com/2011/03/mesir-kubu-salahuddin-al-ayyubi-malammu.html


Kubu pertahanan yang utama dan terbesar adalah yang terdapat di Kaherah ini yang saya lawati.

Kubu pertahanan adalah kuat dan teguh binaannya. Pertama kali saya memasuki kawasan kubu pertahanan.
Dan,
Sekian lama mengetahui nama Salahuddin Al-Ayyubi baru hari ini kenal siapa beliau yang sebenarnya.

Di dalam kawasan kubu yang luas ini, terdapat dua buah masjid; Masjid Al-Naser Mohamed Ibn Qalawun dan Masjid Muhammad Ali Pasha. Juga terdapat Muzium Polis dan Muzium Tentera.


Masjid Al-Naser Mohamed Ibn Qalawun


Imej: Perkarangan Masjid Al-Naser Mohamed Ibn Qalaqun



Masjid yang ditemui apabila memasuki kubu ini dari pintu utama di bawah yang dibuka kepada pelancong. Saya tidak ingat akan nama pintu itu. 

Sultan El-Naser Mohamed adalah anak kepada Sultan Qalaqun dan pernah memerintah Mesir selama 42 tahun. Beliau merupakan seorang konstruktor yang hebat pada zaman itu dan telah membina banyak binaan tetapi malangnya banyak telah termusnah pada zaman Sultan Muhammad Ali Pasha.

Keunikan masjid ini ialah 2 menaranya yang tidak mengikuti stail pembinaan zaman itu dan kedudukannya yang jauh antara satu sama lain bagi membolehkan azan didengari ramai. Luas dan mampu memuatkan 5000 orang. Sebahagian besar dekorasinya telah rosak dan musnah.

Saya amat tertarik dengan kisah Sultan Al-Naser ini apabila saya membacanya di salah sebuah laman sesawang ini. Beliau adalah seorang pemerintah yang agresif dan telah membawa banyak pembaharuan ke Mesir namun atas beberapa sikap beliau jugalah beliau tidak meninggalkan nama yang harum di situ pada waktu itu. 

Saya kongsikan sedikit kata-kata Ibn Batutta tentang beliau:


This old Cairo of al-Nasir was a complex city that Ibn Batuta (Battuta) descries as the mother of all cities, and goes on to call it, 

"peerless in beauty and splendor, the meeting place of comer and goer, the stopping place of feeble and strong." 

He also says that it was full of:

"the learned and the ignorant, the grave and the gay, the mild and the choleric, the noble and the base, the obscure and the illustrious. Like the waves of the sea she surges with her throngs of folks, yet for all the capacity of her station and her power to sustain can scarce hold their number"

Various estimates put the population of Cairo of this time at between 500,000 and 600,000, so al-Nasir seems to have been required to build up the city, and change its appearance forever.


Masjid Muhammad Ali Pasha

 

Imej: Perkarangan Masjid Muhammad Ali Pasha


Muhammad Ali Pasha adalah pengasas dan pemerintah dinasti terakhir Sistem pemerintahan beraja di Mesir. 
Beliau tiba di Mesir untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte
Setelah Perancis berundur, beliau dilantik sebagai pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805.

Masjid Muhammad Ali ini terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine. 
Dibina dalam masa 18 tahun (1830-1848).
Disebut juga sebagai Masjid Marmar (The Alabaster Mosque) kerana binaannya terdiri daripada marmar putih yang terbaik (Marmar Bani Suwaif).

Masjid ini hampir sama dengan rupa bentuk Masjid Biru (Blue Mosque) yang terdapat di Istanbul, Turki.

Kedudukannya yang strategik membolehkan masjid ini dilihat dari setiap penjuru Kaherah.


Imej: Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha


Masjid ini kini merupakan tumpuan pelancong dan tidak digunakan untuk menunaikan solat 5 waktu. 
Dihiasi oleh lampu-lampu berusia ratusan tahun dan jelas kelihatan tiang-tiang dan dinding-dindingnya daripada marmar putih.

Lampu chandelier seberat 2 tan tergantung di tengah masjid ini (gambar di atas). 

Kisah yang ada disampaikan mengenai masjid ini ialah, masjid ini pernah dijadikan sasaran peluru berpandu tentera Israel. 
Namun sebelum dibom, muncul kabus tebal melitupinya, maka tentera Israel tidak menjumpai sasarannya ini. 
Wallahua'lam..


Imej: DI tingkat atas kubu


Muzium Polis


Imej: Muzium Polis


Muzium Polis ditutup ketika waktu kami ke sana. Di dalamnya terdapat pelbagai alat pertahanan Mesir, tinggalan polis Mesir terdahulu beserta sejarahnya.

Gambar kiri (atas), bersama pelajar-pelajar negara itu yang membuat lawatan sambil belajar di sana, :)


Muzium Tentera


Imej: Muzium Tentera


Gambar kiri (atas) adalah tugu panglima tentera Mesir yang disegani iaitu Ibrahim Pasha, anak kepada Muhammad Ali Pasha. Kejayaannya dalam kemenangan dalam ketenteraan termasuklah beberapa kali menumpaskan Empayar Ottoman.



Imej: Muzium Tentera (luar)


Seperti gambar di atas ini, terdapat kenderaan perang yang digunakan dahulu seperti jet penggempur, kapal terbang, kereta kebal dan banyak lagi. Ini memperlihatkan bahawa senjata moden sedari awal lagi telah dikuasai oleh tentera Mesir.


Imej: Di dalam Muzium Tentera


Muzium Perang ini berasal dari istana keluarga dan kaum kerabat yang dibina oleh Muhammad Ali Pasha. Terdiri daripada 3 buah istana; Istana Timur, Istana Tengah dan Istana Barat.

Sewaktu penjajahan Inggeris, ia telah dijadikan sebagai hospital dan pada era 1900-an telah dirasmikan sebagai Muzium Perang.

Muzium perang terbesar di dunia ini turut menempatkan alat-alat senjata yang digunakan sewaktu zaman Firaun. Pelbagai peristiwa bersejarah dan khazanah sejarah tersimpan di dalamnya untuk dipelajari oleh orang awam masa kini dan akan datang.



Imej: Miniatur Masjid Muhammad Ali Pasha dan alatan perang


Mesir pernah menjadi kuasa besar di Tanah Arab pada suatu ketika dahulu dan amat digeruni.


MAKAM IMAM SHAFIE



Imej: Di luar Masjid yang menempatkan Makam Imam Shafie


Akhir sekali pada hari itu, masih di Kaherah, kami sempat menjejakkan kaki ke masjid yang menempatkan Imam termulia mazhab pegangan kita, iaitu Imam Shafie.

Pada waktu kami menziarahi masjid ini, proses pembaikpulihan sedang dijalankan di sekitar masjid. Kami sempat solat Maghrib di sini dan menziarahi makam Imam Shafie yang terletak di bahagian dalam masjid. 

Disinari dengan lampu hijau dan berpagar menutupinya, satu rasa yang sukar untuk digambarkan apabila berada berhampiran dengan 'Ulama tersohor dan mulia. Subhanallah...

Moga Allah santuni arwah Imam Shafie di sana.. 
Al-Fatihah.


Seterusnya, akan saya kongsikan tentang pengembaraan merentasi padang pasir ke Fayyoum, insyaAllah, :)



No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...