Teks: ain akib
PIRAMID & SPHINX
Seterusnya, di bumi Mesir ini, kami menjejakkan kaki ke tempat yang wajib diziarahi jika ke sini.
Imej: Sphinx |
Imej: Di kaki piramid |
Piramid di Mesir ini adalah salah satu antara 7 Keajaiban di Dunia (7 Wonders In The World).
Yang selalu menjadi tumpuan di sini selain binaan piramid adalah Sphinx, batu yang berkepala manusia berbadan singa.
Terdapat beberapa buah piramid di sini. Untuk sampai di kaki piramid, kita perlu melalui satu jarak untuk naik ke situ dengan berjalan kaki. Berbaloi. Tidak terbayang bagaimana mereka pada zaman dahulu membinanya dengan batu yang sebesar dan seberat itu, juga dengan teknologi yang ada pada ketika itu.
Imej: Bersama pelajar Arab |
Sambil kami berjalan di kawasan itu, kami bertembung dengan sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menjalankan survey untuk assignment mereka. Saya kurang ingat mereka dari daerah atau negeri mana. Beberapa soalan diajukan dalam bahasa arab, jadi, Abahlah yang menjadi mangsa untuk bersoal jawab dengan mereka.
Kami cuba berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan rakan-rakan mereka yang lain. Seronok juga walaupun mereka kurang fasih untuk berbahasa inggeris, mereka sangat ceria dan gembira bertemu dengan kami, hehe. Akhir sekali, rakaman foto sebagai memori dan juga bukti kami bertemu mereka. Perasan jadi artis sebentar, :p.
Kami cuba berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan rakan-rakan mereka yang lain. Seronok juga walaupun mereka kurang fasih untuk berbahasa inggeris, mereka sangat ceria dan gembira bertemu dengan kami, hehe. Akhir sekali, rakaman foto sebagai memori dan juga bukti kami bertemu mereka. Perasan jadi artis sebentar, :p.
MASJID 'AMRU AL-AS
Imej: Masjid 'Amru Al-'As (luar) |
Imej: Masjid 'Amru Al-'As (dalam) |
Masjid 'Amru Al-'As ini adalah masjid pertama yang dibina di benua Afrika.
Masjid ini dibina oleh Panglima Islam Amru Al-'As pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.
Beliau adalah salah seorang sahabat yang membantu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq memerangi golongan murtad. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab beliau berjaya membuka Palestin dan Mesir. Besar jasanya sebagai Panglima Islam.
Terus teringat saya kepada sahabat saya, Diyana. Anaknya diberi nama 'Amru, :).
Kami bersolat sunat di dalamnya dan melihat keunikan binaan masjid ternama ini.
Entri seterusnya masih ziarah di sekitar Cairo, iaitu ke Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, insyaAllah.
Cairo (Prolog)
Cairo (Siri 1: Muzium Nasional Mesir, Muzium Kesenian Islam, Masjid Al-Azhar, Bazar Khan Khalili)
Cairo (Siri 2: Piramid, Masjid 'Amru Al-'As)
Cairo (Siri 3: Kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Makam Imam Shafie)
Cairo (Siri 4: Fayyoum)
Cairo (Siri 5: Alexandria)
Cairo (Siri 6: Nile Cruise, Rumah Penang)
No comments:
Post a Comment