Monday, 20 October 2014

Cairo (Siri 5: Alexandria)


Teks: ain akib


ALEXANDRIA (ISKANDARIAH)




Dikenali juga sebagai Iskandariah dalam Bahasa Melayu.
Merupakan bandaraya kedua terbesar di Mesir.
Pernah menjadi ibu negara Mesir satu ketika dahulu.

Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya, Alexander The Great, seorang pahlawan Yunani yang luas kuasa empayarnya.


Imej: Persisiran Laut Mediterranean


Kami menjejakkan kaki di perkarangan Laut Mediterranean yang subhanallah sangat cantik! Pada waktu kami tiba di sini, masih tidak ramai orang dan khabarnya selalu ada aktiviti memancing di sini.

Tidak jauh dari sini terletaknya Kubu Qaitbey.


CITADEL OF QAITBAY (KUBU QAITBEY)

Imej: Di pintu masuk (gambar bawah), Di perkarangan kubu (gambar atas)

Imej: Kubu dan bentengnya

Kubu Qaitbey ini menyerupai Kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Kaherah dan di Taha. 
Ia berasal dari sebuah rumah api dan dibina sewaktu Kerajaan Mamluk yang diketuai oleh Al-Asyraf Al-Din Qaitbey.

Rumah api ini adalah salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba juga dikenali sebagai Pharos of Alexandria
Dibina pada zaman Ptolemik. 

Rumah api ini adalah salah satu binaan buatan manusia yang tertinggi buat beberapa abad.
Akibat daripada 3 gempa bumi antara 956 hingga 1323, menjadikannya sejarah peninggalan. 

Pada 1480, binaan yang tertinggal dibangunkan untuk membina Kubu Qaitbey ini.


Imej: Di dalam bangunan kubu

Imej: Kandang kuda (kiri atas), replika kubu (kanan atas), hallway (kiri bawah), meriam (kanan bawah)

Bangunan ini terdiri dari 3 tingkat dan mempunyai bilik-bilik yang menempatkan senjata pertahanan.


Imej: Pemandangan Laut Mediterranean dari atas kubu

Gambar di atas ini menampakkan lautan Mediterranean yang sangat cantik dan bandar-bandar berhampiran. 


Imej: Makan tengahari (2010)

Kami singgah makan di McDonalds. Teringin nak melihat persamaan dan perbezaan dengan rangkaian makanan segera di Malaysia. Ini pada tahun 2010, belum sedar akan sumbangannya kepada zionis, huhu. 

Bezanya dengan McD di Malaysia ialah dari segi nama dan saiz burgernya.
Saiz burger adalah sebesar tapak tangan kita apabila kita mengembangkan kesemua jari tangan.  
Arab's portion
Sudah tentu harga pun mengikut saiz, hehe.


PERPUSTAKAAN ALEXANDRIA

Sejarah

Perpustakaan Alexandria ini adalah antara yang terbesar dan bersejarah di dunia purba. Asalnya dibina oleh Ptolemy dan ditujukan buat Muses, the nine goddesses of arts

Merupakan pusat ilmuwan dengan dewan kuliah, bilik mesyuarat juga taman.
Perpustakaan ini dijadikan sebahagian daripada institut penyelidikan yang dipanggil Musaeum of Alexandria.
Juga digelar Mouseion (bahasa Yunani) yang bermaksud 'tempat ibadah seluruh tuhan ilmu pengetahuan dan seni'.

Perpustakaan ini mengumpul ilmu-ilmu dari seluruh dunia dan kebanyakan pekerjanya bertugas menyalin ilmu ke atas kertas papyrus

Ada sejarah mengatakan, apa sahaja jenis buku yang terdapat di atas kapal yang tiba di pelabuhan akan dibawa ke perpustakaan ini dan disenaraikan sebagai 'books of the ship'
Petugas menyalin manuskrip-manuskrip ini; yang asal disimpan di sini dan salinan diberikan kepada empunyanya.

Kesannya, Alexandria menjadi pengeluar utama papyrus dan kemudiannya pengeluar utama buku. 

Sejarah selepas itu adalah kejadian kebakaran yang menjadi simbol kemusnahan budaya ilmu di situ. Berjuta-juta buku dan manuskrip habis dijilat api.


Sekarang


Imej: Di dataran perpustakaan menghadap pantai

Di dalam perpustakaan ini, 8 juta buku boleh dimuatkan. Sehingga sekarang tersedia 1 juta buku dan 500 buah komputer untuk kemudahan pelawat. Kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalamnya kerana kesempitan waktu. Jadi, kami berlegar di luar sambil melihat gelagat warga Alex.

Perpustakaan ini terletak berhadapan dengan pantai laut (seperti gambar matahari terbenam di atas, yang diambil dari perkarangan dataran perpustakaan).

Di dataran perpustakaan ini terdapat sebiji bola (gambar di kiri atas) yang menggambarkan bentuk teori yang pernah diperkenalkan oleh Apollonius mengenai bentuk-bentuk melengkung seperti elips, parabola dan hiperbola.    


Imej: Dataran perpustakaan

Dataran ini juga ada sebuah kolam yang berisi air. Dikatakan hasil keunikan binaan perpustakaan ini sekiranya tidak emnggunakan penghawa dingin, ia akan tetap memberikan kesejukan bagi yang berada di dalamnya. Perpustakaan ini telah dibuka pada 16 Oktober 2002 dan dirasmikan oleh Presiden Mesir, Husni Mubarak.

Gambar perpustakaan secara penuh tidak dapat saya muatnaik kerana merasakan ada unsur ketidaksesuaian menjadi tontonan umum, hehe. Maafkan saya. Namun, saya kepilkan gambar yang saya ambil dari Encik Google di bawah ini, :)


Imej: Carian Google

MASJID ABU ABBAS AL-MURSI



Imej: Pintu hadapan Masjid Abu Abbas Al-Mursi

Imej: Dai bahagian dalam bahagian wanita
  
Kami menunaikan solat maghrib dan isya di masjid terbesar di Alex dan merupakan salah satu monumen Islamik yang terpenting.
Masjid Abu Abbas Al-Mursi. 

Masjid ini memiliki sebuah menara yang tinggi (73 meter) dengan 4 buah kubah. 
Di dalamnya terletak makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursi, seorang ulama besar Islam dari Sepanyol.


TIDAK SEMPAT ZIARAH
Di Alex ini juga, terletaknya makam Nabi Danial AS, makam Luqman Al-Hakim, makam cicit Nabi Muhammad SAW dari keturunan Saidina Ali AS, juga makam sahabat Nabi, Abu Darda.

Harapnya, saya berpeluang menjejakkan lagi kaki di sini dan menziarahi makam keturunan mulia ini, ameen..


Jika ada penulisan atau maklumat saya yang kurang tepat, mohon diberitahu ya.

Saya akan kongsikan pengalaman terakhir saya di bumi Mesir pada entri yang akan datang, biiznillah..
:)




No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...