Teks: ain akib
TAYAR KERETA BERBENTUK BULAT
Bulan september lepas saya belajar menukar tayar kereta.
Oh, bukan saya yang menukarnya tapi mekanik kereta, :).
Keempat-empat tayar sudah berusia tiga tahun dan terbukti penggunaannya melalui saiz longkangnya yang semakin mengecil.
Alhamdulillah ada sahabat saya sudi meluangkan masa untuk bersama ke kedai.
Banyak perkara yang saya belajar daripadanya dan saya akui, hampir kesemua perkara itu memang saya tidak ambil peduli dan tidak tahu pun sebelum ini.
Alhamdulillah, sahabat saya ini pernah bekerja di bahagian pemasangan kereta Proton selama beberapa tahun, jadi, banyaklah tips yang diberikan kepada saya.
Best!
![]() |
Imej: Tayar kereta |
Betul kan tayar kereta bentuknya bulat?
:p
TIPS MENUKAR TAYAR
Ini bukanlah prosedur langkah-demi langkah menukar tayar, cuma pengetahuan am sahaja ya.
Antara perkara yang saya pelajari:
![]() |
Imej: 2814 |
1. Periksa tarikh tayar dikilangkan pada 4 digit yang tertulis. 2 digit pertama mewakili minggu pada manakala 2 digit selepasnya adalah tahun. Contoh seperti dalam gambar di atas 2814 bermakna minggu ke-28 = bulan 7 dan tahun 2014.
2. Lebih banyak longkang pada tayar, bermakna lebih efisyen ia membuang air ketika hujan dan garapan tayar pada jalan akan lebih kemas.
3. Balancing tayar dibuat satu-persatu sebelum dikenakan semula pada kereta. Kemudian dipandu uji. Kembali semula untuk alignment dan seterusnya dipandu uji buat kali terakhir bagi memastikan kekemasan dan keselamatan.
4. Jika tayar diisi dengan gas, lebih berat daripada diisi dengan angin. Jadi, pemanduan lebih selesa.
Alhamdulillah, perkhidmatan kedai ini amat memuaskan, siap dapat air minum sebotol seorang, :)
TIPS PENJAGAAN KERETA
Bagi saya dan semua ladies di luar sana, hehe...
i. Abah dan pakcik saya selalu pesan setiap kali sebelum memulakan perjalanan yang jauh, periksa angin tayar, air (radiator) dan minyak hitam. Sebaiknya ada coolant dalam radiator tu (ada warna merah, hijau, etc). Petrol juga semestinya, kalau tak, tak bergerak kereta tu, ;)
ii. Polish dengan kerap hanya akan menipiskan warna kereta. Lama-kelamaan, selepas banyak tahun warna badan kereta akan menjadi suram dan bertompok-tompok. Cukup dengan wax untuk mengilatkan kereta manakala polish adalah memadai sekali sekala.
iii. Wiper yang biasa dibuat daripada getah. Terdapat satu lagi wiper yang diperbuat daripada silikon, ia lebih tahan lama daripada yang getah, cuma apabila permukaan cermin kurang air, akan ada bunyi yang kurang menyenangkan sikit.
PERJALANAN SELAMAT
Kedai yang saya pergi ini alhamdulillah membuat kerja dengan kemas dan efisyen. Tiub lubang tayar turut diganti.
Alhamdulillah selesai satu bab perihal kereta. Lebih yakin dan selesa untuk memandu dengan tayar baru selepas ini. Semoga selamat pemanduan dan akhlak memandu juga, hehe. Ameen..
Saya amat menghargai ilmu yang saya perolehi kerana ini adalah perkara-perkara kecil yang dapat saya kutip sepanjang perjalanan hidup yang menambah nilai diri saya sebagai seorang pengguna kereta.
Terima kasih Amy, :)